Saturday 23 June 2012

PENGELUARAN

JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
• Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
• Perdagangan
• Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
• Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
• Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
• Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
• Modal – Harta benda,sumber kewangan

BAB 3 PENGANGKUTAN

i. Pengangkutan jalan raya
- paling penting dan popular di M’sia
- LLM dipertanggungjawabkan utk merancang, membina dan menyelenggara lebuh raya di M’sia
- terdapat beberapa agensi yg terlibat spt JPJ, LPKP dan PUSPAKOM
* lihat kelebihan dan kekurangan pengangkutan jalan raya dlm buku teks*

ii. Pengangkutan rel
- Di M’sia KTMB yg mengendalikan pengangkutan rel dan menyediakan pelbagai perkhidmatan spt kereta api mel, kereta api ekspress, komuter, perkhidmatan kargo dll
- KTMB juga menyediakan pakej pelancongan terkenal spt KL, Langkawi, Penang
- KTMB menawarkan perkhidmatan spt:
a) perkhidmatan kereta api penumpang antara bandar – spt Ekspres Wau, Ekspres Timuran, Ekspres Sinaran dan Ekspres Antarabangsa
b) perkhidmatan komuter – menghubungkan KL dgn bandar lain di sekitar Lembah Klang
c) perkhidmatan kargo – gerabak khas disediakan utk mengangkut barang besar dan berat spt kayu balak, simen dsbg.
- selain drp KTMB terdapat sykt lain yg turut mengembangkan pengangkutan rel spt PUTRA, STAR LRT, ERL dan KL MONORAIL

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Komunikasi

- Hubungi pembekal / pelanggan
secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)
- Sampaikan maklumat / pesanan
- Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
- Urusniaga cepat
melalui teleks , telefon
- Agihan tepat pada masanya
- Memudahkan promosi
meningkatkan jualan / untung
- Luaskan pasaran
- Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
- Kurangkan risiko kerugian / kerosakan

PERBEZAAN KEPERLUAN & KEHENDAK

KEPERLUAN
•Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
•Sama untuk semua orang
•Tuntutan semulajadi
•Mudah dipuaskan
•Mengikut peringkat -Maslow

KEHENDAK
•Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
•Berbeza ikut taraf hidup
•Dari pengalaman
•Tidak terhad
•Tiada keutamaan

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Insurans

- Beri perlindungan
daripada risiko yang boleh diinsuranskan
seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
- Bayar premium
dapat gantirugi
dapat memulihkan kepada kedudukan asal
- Berniaga lebih yakin
berani kembang perniagaan
- Wujudkan peluang perniagaan
- Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

ASAS KEPADA PERDAGANGAN

BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.1   Keperluan
-       Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup
-       Terdiri dpd keperluan asas dan keperluan lain
-       Keperluan asas ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal
-       Keperluan lain ialah pendidikan, perubatan, bekalan air, ………

1.2   Kehendak
-       Untuk hidup lebih selesa
-       Kehendak adalah pelengkap kepada keperluan
-       Kehendak manusia sentiasa berubah

1.3   Maksud Pengeluaran
      -       Aktiviti utk menghasilkan barang atau perkhidmata
      -       bagi memuaskan keperluan dan kehendak manusia
      -       juga ditakrif sbg proses penciptaan nilai faedah
1.1   Nilai Faedah (4)
 a.  Nilai faedah Bentuk
-  mengubah bentuk sesuatu keluaran supaya menjadi lebih berguna

b.  Nilai Faedah Tempat
-  memindahkan keluaran ke tempat yg mempunyai permintaan

c.  Nilai Faedah Masa
-  menyimpan barang sehingga diperlukan

d.  Nilai Faedah Milikan
-  pertukaran milik dpd orang yg tidak memerlukan kepada orang yg memerlukannya
1.6  Jenis Pengeluaran
       a.  Pengeluaran Langsung
            -    utk keperluan dan kehendak sendiri 
                 dan  keluarga
-       Tanpa bantuan dari pihak lain
-       Berlaku pada zaman silam
-       Skala pengeluaran kecil

b.  Pengeluaran Tak langsung
-  berdasarkan pengkhususan
-  setiap individu mengkhusus dalam sejenis kerja
-  jumlah pengeluaran besar
-  berlaku pada zaman sekarang
-  Skala pengeluaran besar

MATLAMAT/OBJEKTIF

MATLAMAT

Matapelajaran Perdagangan adalah bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasi prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang yang bersangkutan bagi membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab , berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.


OBJEKTIF

Diantara objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :

    1.   mengenalpasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan dalam dan luar negeri

    2.   membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan  yang  boleh diceburi serta memahami prosedur
          penubuhannya

    3.   menerangkan peranan dan kepentingan perkhidmatan bank dan institusi kewangan yang lain dalam
          hubungannya dengan pengendalian urusan perniagaan
   
    4.   mengetahui dan memahami peranan dan tujuan insurans, pengangkutan, pergudangan, promosi dan
          komunikasi dalam pengendalian sesuatu perniagaan
   
    5.   mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk membuat pelaburan

 PERUNTUKAN WAKTU

Matapelajaran ini diajar sekurang-kurangnya 3 waktu (120 minit) seminggu

MATA PELAJARAN PERDAGANGAN

PENDAHULUAN
- Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatang 4 dan 5
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas.
Mata pelajaran ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan
kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup di Peringkat Menengah Rendah. Melaluinya juga nilai-nilai murni dan sikap
positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan pelajar.
- Isi sukatan pelajaran ini dibentuk berasaskan beberapa keperluan dalam pendidikan
perdagangan yang melampaui peringkat kenal faham untuk :
i. membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan.
ii. menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin
kesejahteraan hidup malalui berbagai aktiviti perdagangan.
iii. mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalam-amaln asas
perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
iv. mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan
yang membantu perniagaan.
v. mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara
formal dan tidak formal.
vi. mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat
membuat pilihan dengan bijak.
- Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan
pendidkan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang
dipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta
komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek
kognitif,psikomotor dan efektif.


MATLAMAT MATA PELAJARAN
- Mata pelajarn perdagangan bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya
pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-
amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dengan ini,
dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan
jauh, rasional serta bijaksana dalam mebuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup
berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua usaha yang diceburi
berlandaskan sifat amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

OBJEKTIF
- objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :
> mengenalpasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaan
dalam negeri dan antarabangsa.
> mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalam perniagaan.
> mengetahui dan memahami peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pengeluaran.
> membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur
penubuhannya
> mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk
melabur.
> mengatahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan-bantuan perniagaan membantu
pengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna.
> memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindungan
pengguna supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional.
> mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam membantu perniagaan.
> membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan
meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi.
> mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih
sesuatu perkerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri atau
bekerja dengan majikan.

ORGANISANI KURIKULUM
- Kurikulum Perdagangan dibentuk berdasarkan amalan perdagangan da perniagaan yang
telah disepadukan dalam lime belas topik pembelajaran. Topik-topik berkenaan
merangkumi bidang-bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan,
pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika malam perniagaan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bermula dari pemahaman konsep, pengetahuan
sedia ada serta perkembangan maklumat terkini di bidang perdaganga. Penyampaian
kurikulum mata pelajarn ini berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang
yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar.
- Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti perdagangan telah, sedang dan akan
terus memainkan peranan utama dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan
ekonomi, khususnya dalam mewujudkan berbagai-bagai peluang pekerjaan dan dalam
menghasilkan pendapatan individu, masyarakat dan negara.
- Sukatan pelajaran ini dibentuk dengan mangambil kira kebolehan dan pengalaman
pelajar yang berbeza-beza. Oleh yang demikian ia dapat memenuhi keperluan kedua-dua
kategori pelajar menengah atas, iaitu :
> Kumpulan pelajar yang akan meninggalkan bangku sekolah untuk menceburi diri
dalam dunia pekerjaan, sama ada berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan
> Kumpulan pelajar yang akan melanjutkan pendidikan formal mereka ke peringkat yang
lebih tinggi, sama ada dalam bidang perdagangan atau bidang-bidang lain yang
berkaitan.
- Pelajaran Perdagangan ini tidak lagi menegaskan teori atau isi kandungan
semata-mata, tetapi juga mengutamakan kerja-kerja praktis, khususnya kajian kes
bagi meluas dan mengukuhkan pengalaman serta kemahiran pelajar dalam bidang
perdagangan. Penyerapan nilai-nilai murni juga dititikberatkan dengan harapan dapat
membentuk sikap menghargai dan menghayati amalan-amalan perniagaan yang poditif.

RINGKASAN SUKATAN PELAJARAN PERDAGANGAN KBSM
>1.0 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
>1.1 Keperluan dan kehendak manusia
>1.2 Pengeluaran
>1.3 Faktor-faktor pengaluaran
>1.4 Pengukhususan dalam pengeluaran
>1.5 Sistem barter
Peruntukan waktu : 17

>2.0 UNSUR PERDAGANGAN
>2.1 Perdagangan
Peruntukan waktu : 4

>3.0 PERNIAGAAN DALAM NEGERI
>3.1 Perniagaan dalam negeri
>3.2 Saluran agihan
>3.3 Perniagaan runcit
>3.4 Perniagaan borong
>3.5 Dokumen perniagaan dalam negeri
>3.6 Kaedah jualan
Peruntukan waktu : 40

>4.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA
>4.1 Perniagaan antarabangsa
>4.2 Perniagaan import,eksport dan entrepot
>4.3 Dokumen penting perniagaan antarabangsa
Peruntukan waktu : 16

>5.0 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
>5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Peruntukan waktu : 7

>6.0 PEMILIKAN PERNIAGAAN
>6.1 Memulakan perniagaan
>6.2 Jenis pemilikan perniagaan
>6.3 Penswastaan
Peruntukan waktu : 12

>7.0 PELABURAN
>7.1 Pelaburan
>7.2 Jenis pelaburan
>7.3 Panduam am melabur
Peruntukan waktu : 9

>8.0 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN
>8.1 Sistem perbankan
>8.2 jenis-jenis bank
>8.3 Perkhidmatan bank perdagangan
>8.4 Cek
>8.5 Institusi kewangan lain
Peruntukan waktu : 24

>9.0 INSURANS
>9.1 Insurans
>9.2 Prinsip-prinsip insurans
>9.3 Jenis insurans
>9.4 Takaful
>9.5 Belian polisi dan tuntutan gantirugi
Peruntukan waktu : 20

>10.0 PENGANGKUTAN
>10.1 Pengangkutan
>10.2 Jenios pengangkutan
>10.3 Pengkontenaan
>10.4 Pemilihan jenis pengangkutan
Peruntukan waktu : 11

>11.0 KOMUNIKAIS
>11.1 Komunikasi
>11.2 Perkhidmatan komunikasi
Peruntukan waktu : 10

>12.0 PERGUDANGAN
>12.1 Pergudangan
>12.2 Jenis-jenis gudang
Peruntukan waktu : 8

>13.0 PROMOSI
>13.1 Promosi
>13.2 Jenis promosi
>13.3 Media pengiklanan
>13.4 Pemilihan media pengiklanan
Peruntukan waktu : 12

>14.0 PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN
>14.1 Peranan kerajaan dalam perniagaan
Peruntukan waktu : 10

>15.0 KONSUMERISME
>15.1 Konsumerisme
>15.2 Perlindungan pengguna
Peruntukan waktu : 10

Jumlah waktu : 210