MATLAMAT
Matapelajaran Perdagangan adalah bertujuan
untuk memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan supaya pelajar
mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasi prinsip-prinsip dan
amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang yang
bersangkutan bagi membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab ,
berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang
keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi
persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah
dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
OBJEKTIF
Diantara objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :
1. mengenalpasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan dalam dan luar negeri
2. membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan yang boleh diceburi serta memahami prosedur
penubuhannya
3. menerangkan peranan dan kepentingan perkhidmatan bank dan institusi kewangan yang lain dalam
hubungannya dengan pengendalian urusan perniagaan
4. mengetahui dan memahami peranan dan tujuan insurans, pengangkutan, pergudangan, promosi dan
komunikasi dalam pengendalian sesuatu perniagaan
5. mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk membuat pelaburan
PERUNTUKAN WAKTU
Matapelajaran ini diajar sekurang-kurangnya 3 waktu (120 minit) seminggu
No comments:
Post a Comment